top of page

SOALAN LAZIM

NPL Smart Solution (NPL Smart) ni syarikat apa?

NPL Smart adalah sebuah Syarikat Perunding yang membantu Peminjam dan Pengguna melalui kaedah KONSULTANSI dan RUNDINGAN didalam merintis jalan keluar kepada permasalahan yang mereka hadapi untuk melunaskan hutang atau liabiliti mereka.

NPL Smart ada beri bantuan kewangan ke?

NPL Smart tidak memberi bantuan kewangan. Sebalik nya memberi bantuan khidmat nasihat kepada pengadu dan bantuan rundingan dengan pihak Bank atau Syarikat Pengguna untuk kes yang memenuhi syarat.

Adakah NPL Smart menggendalikan kes Ah Long?

NPL Smart tidak mengendalikan kes Ah Long.

​

​

​

Sama-sama membantu didalam permasalahan peminjam tetapi tidak sama dari segi gerak kerja. Malah, NPL Smart sentiasa menasihati peminjam untuk berurusan dengan AKPK sekiranya kes mereka masih diperingkat awal. NPL Smart lebih menjurus kepada kes-kes berat yang diklasifikasikan sebagai kronik.

Adakah NPL Smart sama macam AKPK?

Bagaimana hendak mendapatkan khidmat nasihat dari NPL Smart?

Boleh terus hubungi Tuan Haji Jefry ditalian aduan 019-2295354 untuk menetapkan temujanji.

​

Sebelum saya hendak menelefon NPL Smart, apakah butiran yang saya perlu ada?

  • Nama Bank

  • Jenis pinjaman

  • Tahun diperolehi

  • Jumlah pinjaman

  • Jumlah ansuran

​

  • Jumlah tunggakan

  • Anggaran jumlah yang telah dibayar

  • Baki terkini

  • Status tindakan sivil

  • Status tindakan lelongan

  • Kronologi  kejadian berlaku

Adakah cara lain untuk saya kemukakan permasalahan saya?

Pengadu digalakkan untuk buat pengaduan melalui Borang Aduan Atas Talian didalam website NPL Smart.

​

Pelanggan yang bagaimana boleh merujuk kepada NPL Smart?

  • Menghadapi  kesulitan kewangan dan mengharapkan  ansuran yang lebih rendah.

  • Ingin menangguhkan tindakan sivil untuk suatu tempoh.

  • Ingin menyelamatkan harta dari dilelong atau di sita

  • Mengharapkan diskaun untuk menyelesaikan hutang.

  • Pembatalan status kebankrapan.

  • Ingin menjual harta bagi mendapatkan modal untuk penyelesaian hutang.

  • Ingin mendapatkan Khidmat Professional dari Peguam, Jurunilai Harta dan Agen hartanah.

  • Ingin memohon pinjaman Bank bagi mereka yang tidak disenarai hitam.

  • Ingin keluar Negara tetapi telah muflis.

Adakah NPL Smart mengenakan apa-apa bayaran?

Khidmat nasihat untuk kes yang mudah melalui telefon adalah percuma. Bayaran minima hanya akan dikenakan oleh NPL Smart untuk "SIASATAN dan SOLUSI" bagi kes yang akan dikendalikan oleh Pengadu sendiri. Namun, sekiranya Pengadu ingin melantik NPL Smart untuk mengendalikan kes tersebut, FI KONSULTAN akan dikenakan mengikut kerumitan kes, jumlah tuntutan oleh pihak Bank dan status tindakan Sivil/Lelongan yang telah diambil oleh pihak Bank. Sekiranya memerlukan khidmat professional dari Peguam, Jurunilai Harta dan Agen Hartanah, Pengadu boleh berbincang mengenai FI dengan pihak berkenaan.

Dimanakah saya boleh berjumpa dengan wakil NPL Smart?

Setelah mendapat tarikh temujanji dengan menghubungi talian aduan 019-2295354, sila hadir ke Lot 2.12, Tingkat 1, Wisma Central, Jalan Ampang.

​

​

Apakah waktu pejabat NPL Smart?

Pejabat dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang manakala hari Sabtu dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang. 

​

​

Apa yang perlu saya bawa untuk hadiri temujanji dengan NPL Smart?

Sila bawa apa jua dokumen yang ada berkaitan dengan pinjaman yang bermasalah termasuk surat dari peguam atau mahkamah yang diterima oleh pengadu.

​

Ada dokumen lain yang perlu saya bawa?

Pengadu digalakkan untuk membawa carian CCRIS dan CTOS juga carian kebankrapan bagi mereka yang berkemungkinan telah dibankrapan. Sekiranya ia melibatkan pinjaman perumahan, sila bawa bersama penyata KWSP yang terbaru. Pengadu juga dinasihatkan menyediakan kronologi kes yang berkenaan untuk memudahkan perbincangan.

Adakah NPL Smart berkemampuan untuk menyelesaikan masalah saya?

Konsultan yang bertugas dibawah NPL Smart adalah mereka yang berpengalaman luas di dalam bidang Perbankan khususnya Pungutan Hutang, Audit, Operasi, Kredit, Pemasaran, IT, Penyelidikan dan Hartanah disamping pendedahan didalam bidang pentadbiran, perhotelan, perhubungan media dan Pendidikan. Pengalaman yang sangat luas yang dikongsikan bersama didalam satu pasukan menjadikan NPL Smart memiliki rekod cemerlang sebagai Aktivis yang menjadi tunggak didalam NGO yang berperanan membantu masyarakat yang dibelenggu masalah keberhutangan.hubungan baik dengan pihak kerajaan NGO dan Badan Profesional juga memudahkan didalam menangani isu - isu yang diadukan. Insyaallah, NPL Smart sedia menggalas amanah yang diberikan sekiranya pengadu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.  

bottom of page